fbpx

Warga asing makin besar kepala, ramai pandu secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ Pulau Pinang menyita 25 kenderaan menerusi Ops PeWA di Jalan Permatang Pauh-Mak Mandi, semalam.

SEBERANG PERAI – Kesalahan memandu tanpa lesen dalam kalangan warga asing antara yang tertinggi dikesan menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Jalan Permatang Pauh-Mak Mandin, di sini semalam.

Menerusi kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, sebanyak 71 notis saman telah dikeluarkan dalam operasi selama tiga jam, bermula pukul 7.00 pagi itu.

Menurutnya, penguatkuasaan tersebut diadakan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya terhadap pemandu warga asing yang memandu di negeri ini.

“Dalam operasi itu, tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi yang dikesan serta Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan Insurans membabitkan warganegara Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar dan lndonesia.

“JPJ turut menyita 23 buah motosikal dan dua buah kenderaan persendirian. Tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 17 buah bas ekspres dan bas persiaran dikenakan tindakan saman kerana tiada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh (melebihi 300 kilometer atau pemanduan melebihi empat jam).

Operasi Khas JPJ Pulau Pinang terhadap kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam (bas persiaran dan bas ekspres) dilaksanakan di Plaza Tol Juru dan Tol Sungai Dua bermula pukul 12.00 malam hingga 4.00 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI