fbpx

Wanita Pertama Korea Selatan disiasat berhubung skandal beg Dior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suk-yeol (kiri) dan Keon-hee (kanan) turun dari pesawat selepas mendarat di Lapangan Terbang London Stansted pada 20 November 2023. - AFP

SEOUL – Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon-hee disoal siasat berhubung dakwaan memanipulasi saham dan rasuah melibatkan beg tangan mewah bernilai AS$2,200 (RM10,313), kata pihak pendakwaan hari ini.

Soal siasat itu dibuat ketika pembangkang menggesa siasatan khas dilakukan ke atas isteri presiden tersebut, kerana menerima beg jenama Dior yang melanggar peraturan etika kerajaan. Beliau turut disoal siasat berhubung dakwaan peranannya dalam skim manipulasi saham.

“Pendakwa raya menjalankan ‘soal siasat secara bersemuka’ terhadap Keon-hee pada hari Sabtu (semalam),” kata Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul dalam satu kenyataan.

Rakaman kamera tersembunyi yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan Keon-hee menerima beg tangan berjenama mewah bernilai AS$2,200, satu tindakan yang kemudiannya digelar ‘skandal beg Dior’ oleh akhbar-akhbar tempatan.

Hadiah sedemikian adalah melanggar undang-undang Korea Selatan yang melarang pegawai awam dan pasangan mereka daripada menerima apa-apa pemberian bernilai lebih daripada AS$750 (RM3,515).

Pembantu Keon-hee memberitahu penyiasat pada awal bulan ini bahawa Wanita Pertama memberitahunya untuk memulangkan beg tersebut pada hari yang sama beliau menerimanya. Namun, pembantunya terlupa untuk bertindak demikian, lapor agensi berita Yonhap.

Dalam kenyataan pertama mengenai skandal beg itu pada Februari lalu, Presiden Yoon Suk-yeol menyifatkannya sebagai ‘penipuan politik’ serta berkata, isterinya menerima beg berkenaan kerana sukar baginya untuk menolak.

Beliau kemudian memohon maaf dalam satu sidang akhbar pada Mei lepas dengan menyifatkan perbuatan isterinya sebagai tidak bijak.

Ini bukan kali pertama Keon-hee menghadapi kecaman ramai. Semasa kempen presiden Suk-yeol, beliau terpaksa meminta maaf atas bukti kelayakan yang dipalsukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI