fbpx

Kes bunuh Farah Kartini: Suspek akan disambung reman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (baju oren) ketika dibawa ke lokasi penemuan mayat Nur Farah, sebelum ini.

HULU SELANGOR – Polis akan melanjutkan tempoh reman suspek pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, sejurus ia tamat esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, di sini.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu untuk permohonan sambung reman pada pukul 9 pagi esok,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Pada Khamis lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, lanjutan reman itu akan dipohon untuk membantu siasatan lanjut.

Kosmo! turut melaporkan, seramai 26 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan terdiri daripada kenalan dan rakan sepejabat mangsa serta saksi awam.

Selain itu, beberapa anggota polis yang merupakan rakan sepejabat suspek turut dipanggil bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI