fbpx

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis rakam keterangan beberapa pekerja kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah.

HULU SELANGOR – Polis selesai mengambil keterangan beberapa pekerja di sebuah kebun ubi Slim River, Perak yang diusahakan oleh suspek pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sebelum ini menyiasat sekitar kebun berkenaan berikutan ada beberapa perkara yang perlu diteliti.

“Kita telah jalankan siasatan di lokasi terbabit dan beberapa individu yang merupakan pekerja kebun turut dirakam keterangan berhubung siasatan dijalankan,” katanya, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Nur Farah Kartini disyaki dibawa ke beberapa lokasi termasuk sebuah kebun ubi yang diusahakan suspek di Tanjung Malim, Perak sebelum dibunuh.

Kebun ubi berkenaan terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan meninggal dunia.

Jumaat lalu, usaha pencarian bahan bukti berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan lagi di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Beg tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Trolak ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan yang mana lokasi ini terletak kira-kira 20 minit daripada parit dekat kawasan hutan kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, di sini.

Pencarian yang dijalankan polis di kawasan parit berkenaan sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI