PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hari ini di seluruh kawasan Semenanjung apabila tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, setakat ini.
Hujan lebat hanya dilaporkan melanda beberapa bahagian di Sabah seperti Tawau (Tawau dan Semporna) namun, sudah kembali reda pada pukul 9 pagi tadi.
Keadaan cuaca yang baik di sebelah pagi ini memberi ruang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga sempena cuti hujung minggu. – KOSMO! ONLINE