fbpx

‘Sejak bila saya bercinta dengan Tiz Zaqyah?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keith memberitahu hubungannya dengan Tiz hanya sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.

PETALING JAYA – Tidak tahu hujung pangkal, pelakon Keith Foo menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak masih membangkitkan isu hubungannya dengan aktres Tiz Zaqyah.

Enggan spekulasi liar terus dicanang, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 41, menegaskan dia tidak pernah bercinta dengan Tiz seperti didakwa netizen.

“Sejak bila aku ‘couple’ (bercinta) dengan Tiz. Aku pun tak tahu. Netizen yang lebih tahu.

“Tapi diri aku sendiri, yang hidup dalam badan aku, aku pun tak tahu aku ‘couple’ dengan Tiz,” katanya menerusi siaran langsung bersama kekasihnya, Riena Diana dalam TikTok.

Luahan itu disebabkan netizen membuat provokasi dalam ruangan komen dengan mengatakan Keith tidak sebahagia itu sewaktu bersama dengan Tiz.

Bengang dengan tuduhan tersebut, pelakon drama Ariana Rose itu menyifatkan netizen memandai-mandai mereka cerita yang hakikatnya tidak pernah wujud.

“Sejak bila aku dengan Tiz? Mereka (netizen) ini semua pandai-pandai sahaja. Lepas tu buat cerita dongeng,” katanya dengan nada keras.

Sebelum ini pada Mei tahun lalu, aksi mesra Keith dan Tiz, 36, berpegangan tangan dan berpelukan dalam satu rakaman video mengundang pelbagai tanda tanya netizen yang berteka-teki mengenai status hubungan mereka.

Tampil menjawab spekulasi, Keith memberitahu hubungannya dengan aktres tersebut hanya sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.

Keith kini sedang hangat menjalin cinta dengan Riena Diana malah pelakon itu juga sebelum ini mengakui sudah menemui kebahagiaan sebenar dengan pelakon tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI