fbpx

Netizen minta ibu Aliff Aziz henti perli memerli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Aliff Aziz iaitu Hafiza terus meraih banyak kecaman netizen.

TINDAKAN ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza yang kerap memuat naik perkongsian dalam media sosial nampaknya menimbulkan kebencian segelintir netizen.

Barangkali rimas kerap melihat konten yang dianggap memerli pihak lain, seorang individu nekad menegur Hafiza agar berhenti melakukan perkara tersebut.

“Mak cik, boleh tak anda berhenti berkata-kata. Cuba senyap dan fokus kepada keluarga. Berhenti perli memerli, berhenti ambil tahu tentang media sosial.

“Bising dan rimas tahu tak asyik muka mak cik sahaja yang terpampang dalam artikel semua. Boleh tak senyap sekejap,” selar netizen.

Tenang menjawab kritikan, Hafiza sebaliknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadap keluarganya.

“Masya-Allah comel betul hamba Allah ini dan terima kasih sangat sebab prihatin pada kami ya.

“Jangan marah-marah kita, hidup ini sekejap sahaja lebih baik berkasih sayang ya nak,” balasnya.

Akhirnya ada juga yang berani bersuara tetapi tetap dibalas sinis pula. Tak mengapalah, masing-masing ada hak nak bersuara.

DIVA: Tak sabar nak tengok Deadpool & Wolverine minggu depan sampai termimpi-mimpi!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI