SELEPAS tular laporan mengatakan Nurul Shuhada menarik semula dakwaan terhadap bekas suaminya, Hafidz Roshdi berhubung kes pukul, ramai yang meluahkan rasa marah.
Mana tidaknya, sudah dipukul sehingga cedera pada bahagian muka, tiba-tiba kes ditarik semula.
Lebih membuatkan ramai marah, Shuhada sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun penjelasan mengenai hal tersebut sama ada mahu membela diri atau sebaliknya.
Pertanyaan daripada pihak media pun Shuhada tidak jawab sehingga hari ini, selalunya dia pantas sahaja beri respons.
Iyalah, sudah turun naik mahkamah sejak tahun lalu dan bikin kecoh dalam media sosial dengan pelbagai pendedahan, tiba-tiba semuanya ditarik begitu sahaja.
Selepas ini, kalau hendak buat sebarang tindakan atau keputusan, fikirlah panjang dulu. Lebih-lebih lagi kalau nak kongsi atau dedahkan sebarang perkara dalam media sosial sebab risau makan diri sendiri semula.
Harapnya, Shuhada ada penjelasan kukuh mengenai tindakannya itu. Ramai juga yang marah dan membuat spekulasi sendiri dalam media sosial.
DIVA: Dengarnya dua pelakon lelaki kacak bermasam muka di set penggambaran. Selalunya pelakon wanita sahaja bergaduh.