PETALING JAYA – Pasangan suami isteri pempengaruh yang ditahan reman Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menyifatkan pengalaman tersebut sebagai pengajaran.
Perkara itu dikongsikan pasangan terbabit iaitu Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, atau Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, menerusi sesi ‘live’ di TikTok baru-baru ini.
“Pada usia 26 tahun kita rasai pengalaman macam tu. Mungkin sebelum ini kita ingat hidup kita selesa tak pernah rasa. Jadi, kali ini Allah bagi kita satu tempoh untuk kita merasai
“Alhamdulillah, ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang akan mematangkan kami sebagai seorang individu,” kata Aisyah Hijanah.
Dalam pada itu, Alif Teega dan Aisyah Hijanah turut memberi pujian kepada SPRM kerana menjalankan siasatan dengan profesional.
“(SPRM) buat kerja sangat profesional dan menjaga makan dan minum kami dengan baik.
“Ingat lagi ada satu masa yang kami sakit, mereka bawa pergi klinik walaupun kita sakit sikit sahaja,” katanya.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julali lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.
Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE