fbpx

EPL: Enzo Fernandez bakal berdepan penggantungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ berdepan penggantungan selepas dilapor menyanyikan lagu berunsurkan perkauman ketika meraikan kejayaan bersama Argentina. - AFP

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez berkemungkinan digantung 12 perlawanan selepas terpalit dengan insiden perkauman ketika meraikan kejayaan Argentina di saigan Copa America, baru-baru ini.

Siasatan sudah pun dijalankan oleh The Blues, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) berhubung rakaman siaran langsung yang dibuat oleh pemain itu.

Fernandez juga berkemungkinan akan berdepan hukuman lebih berat yang akan menyaksikannya terlepas sebahagian besar saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Peguam sukan, Udo Onwere tidak merasakan Chelsea akan menggantung pemain itu, namun Persatuan Bola Sepak England (FA) mungkin akan mengambil pendekatan berbeza.

“Walaupun apa yang berlaku benar-benar menjijikkan, Chelsea mungkin akan lebih melihat daripada aspek kewangan. Mereka mungkin akan mengeluarkan kenyataan yang mereka sudah bercakap dengan Fernandez dan dia begitu menyesal dengan tindakan dilakukannya.

“FA menyatakan pendirian jelas mengenai insiden seperti ini yang penggantungan perlawanan untuk empoh enam ke 12 perlawanan boleh dikenakan,” katanya.

Ekoran tindakan Fernandez itu, beberapa pemain kulit hitam Chelsea jelas kurang senang termasuklah Wesley Fofana, Malo Gusto dan Axel Disasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI