fbpx

Hujan Lebat di Selangor, Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir di lapan negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga awal malam nanti.

“Bagi ramalan cuaca petang, hujan dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di bahagian pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu Pahang, Selangor serta di timur Johor,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, hujan lebat di Sarawak membabitkan beberapa kawasan pedalaman manakala di Sabah hanya melibatkan Sandakan.

Sementara itu, MetMalaysia menegaskan bahawa amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua masih berkuat kuasa sehingga 23 Julai ini.

“Ia melibatkan kawasan perairan Phuket, Layang-Layang, Condore dan Palawan. Keadaan ini amat merbahaya bagi aktiviti perkapalan terutama melibatkan bot kecil, sukan dan rekreasi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI