fbpx

Laungan ‘Daulat Tuanku’ bergema di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dibarisi empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Daulat Tuanku’ dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara menandakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat yang berlangsung penuh tradisi dan adat istiadat di Balairung Seri Istana Negara, hari ini.

Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini mengetuai laungan ‘Daulat Tuanku’ di dalam Balairung Seri, manakala tembakan meriam dilepaskan sejurus Sultan Ibrahim menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat penuh bersejarah tersebut.

Berangkat sama, Sultan Brunei Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Turut berangkat, Raja Bahrain Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta wakil-wakil baginda.

Turut berangkat sama, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan Yan Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail.

Dalam pada itu,tuut hadir adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim serta suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah juga berangkat ke istiadat itu.

Berangkat sama kekanda Yang di-Pertuan Agong, Tunku Puteri Dr Kamariah Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar.

Istiadat pertabalan juga menyaksikan kehadiran Menteri Kanan Singapura, Datuk Lee Hsien Loong dan isteri Datin Paduka Ho Ching.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri ANwar Ibrahim; Timbalan-Timbalan Perdana Menteri; Menteri-Menteri Kabinet, ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI