fbpx

Anak perempuan pemerintah Dubai minta cerai melalui Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEIKHA Mahra (kiri) dengan Sheikh Mana. - Foto Instagram

LONDON  –  Anak perempuan kepada pemerintah Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dipercayai memohon perceraian daripada suaminya menerusi laman perkongsian gambar Instagram, lapor portal berita New York Post kelmarin.

Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum membuat permintaan itu kepada suaminya, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum.

Wanita itu adalah anak perempuan kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum iaitu pemerintah Dubai sekarang.

“Suami yang dihormati. Memandangkan anda sibuk dengan sahabat lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita,” tulis Sheikha Mahra, 30.

“Saya ceraikan awak, saya ceraikan awak, dan saya ceraikan awak. Jaga diri,” tulis wanita itu.

Sebelum ini, Agensi Diraja Arab mengumumkan pertunangan Sheikha Mahra dan Sheikh Mana pada Mac tahun lalu, demikian menurut Majalah Grazia.

Beberapa bulan selepas pengumuman itu, pasangan itu telah berkahwin pada Mei 2023. 

Mereka menganjurkan majlis resepsi mewah di Dubai pada Jun 2023.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan. Bayi tersebut dilahirkan oleh pada Mei lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI