fbpx

Buli siber: Komen melampau, cipta spekulasi akan diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pengguna media sosial yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen melampau sehingga menyebabkan buli siber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mana-mana yang didapati membuat hantaran serta spekulasi berkaitan sesuatu isu ssehingga berlakunya fitnah, ugutan atau buli siber adalah satu kesalahan jenayah.

Katanya, individu tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan, Seksyen 500 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM).

“Mengambil contoh kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah apabila banyak spekulasi yang timbul di media sosial dengan menghina, mengutuk mencaci mangsa mahupun suspek.

“Ini secara tidak langsung boleh mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada waris keluarga, inilah buli siber. Isu ini adalah serius.

“Saya memberi amaran kepada masyarakat terutama pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan komen tidak benar dan membuat sebarang spekulasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin menegaskan mana individu-individu yang merasakan dibuli di media sosial diminta melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Razarudin, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sentiasa bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Komunikasi dalam meneliti dan mengkaji langkah-langkah dan tindakan yang lebih tegas dalam memerangi unsur buli siber ini.

Katanya, PDRM dan Kementerian Komunikasi sudah membentuk satu jawatankuasa yang diberi tanggungjawab meneliti aspek perundangan yang bakal dicadangkan pada masa akan datang.

Tambah beliau, orang ramai diminta memberi ruang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan sesuatu kes.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI