fbpx

Netizen kecam jersi Olimpik Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Srettha (kiri) dan baju untuk atlet Sukan Olimpik Thailand (kanan). - Foto The Nation

BANGKOK – Seragam untuk atlet-atlet Sukan Olimpik Thailand dikritik oleh netizen di media sosial kerana rekaannya dianggap buruk, lapor portal berita The Nation kelmarin.

Jersi biru yang direka untuk atlet itu mendapat banyak komen negatif daripada netizen sehingga mendorong Perdana Menteri Thai, Srettha Thavisin campur tangan dalam isu tersebut.

“Saya percaya kita mesti menghormati pereka. Saya meminta semua orang untuk tidak memberi tumpuan kepada perkara remeh seperti ini sebaliknya menumpukan kepada isu lebih penting seperti masalah dadah,” katanya.

Baju itu yang akan dipakai oleh atlet Thailand dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis pada 26 Julai ini diperkenalkan secara online kelmarin.

Ia kemudian menjadi tular di media sosial. 

Ramai netizen yang merungut kerana ia kelihatan jauh tidak menarik berbanding pakaian atlet Sukan Olimpik dari negara lain. 

Baju biru dengan corak tradisional itu dicipta oleh pengeluar pakaian sukan Thai Grand Sport bersama Pusat Reka Bentuk Kreatif Fabrik dan Tekstil Universiti Udon Thani Rajabhat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI