fbpx

Perli PM Itali pendek wartawan didenda lebih RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CORTESE (kiri) dan Meloni. - Foto People Gazette

ROM  –  Seorang wartawan Itali diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah €5,000 (RM25,478) kepada Perdana Menteri, Giorgia Meloni kerana catatan di media sosial yang mempersendakan ketinggiannya, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Seorang hakim memutuskan bahawa dua tulisan oleh Giulia Cortese di platform X turut dikenakan denda tertangguh sebanyak €1,200 (RM6,116).

Hakim itu memutuskan dua tulisan itu adalah fitnah dan menghina bentuk fizikal Meloni.

Cortese menyifatkan Meloni sebagai seorang wanita kecil dan menyindirnya: “Malah, saya tidak dapat melihat anda pun.”

Mengulas keputusan itu, Cortese berkata, kerajaan Itali mempunyai masalah serius dengan kebebasan bersuara dan pendapat termasuk daripada wartawan. 

Ketinggian Meloni dilaporkan dalam media Itali ialah 1.63 meter. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI