fbpx

Akibat kecaman netizen, emosi Sharifah Rose pernah koyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rose berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang figura popular.

PETALING JAYA – “Nak jadi pempengaruh, muka kena tebal dan hati kena kebal.”

Demikian titipan nasihat pelakon Sharifah Rose yang berpendirian bahawa bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang popular di mata masyarakat.

Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 25, menegaskan, kekuatan mental harus hadir seiring dengan tahap kesabaran tinggi sekiranya ingin bertahan lama dalam dunia media sosial.

“Pada awalnya, saya akui agak sukar hendak abaikan kata-kata negatif orang.

“Kadang-kadang kawan cakap kita gemuk sikit pun kita sudah terasa apatah lagi kalau ada kecaman atau kutukan daripada individu tak dikenali, tentulah boleh buat kita lagi terasa,” katanya pada sesi fotografi drama rantaian terbaru lakonannya berjudul Cinta Bukan Milik Kita bersama Khai Bahar di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia mengakui pernah menitiskan air mata apabila menerima kritikan ketika mula menceburkan diri dalam industri seni sekitar empat tahun lalu.

“Pada awal kemunculan saya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, saya memang dihujani dengan kecaman seperti lakonan kayu dan sebagainya.

“Itu adalah drama pertama saya pegang watak utama. Video ‘teaser’ baru keluar, orang sudah kutuk sedangkan penggambaran drama masih berjalan.

“Jadi, boleh bayangkan betapa koyak emosi saya hingga menjejaskan penghayatan,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun berkata, setiap perkara yang berlaku banyak mengajarnya untuk menjadi anak seni yang lebih kuat.

“Saya belajar banyak perkara termasuk tidak membaca dan melayan komen-komen negatif netizen.

“Daripada biar mental terusik, lebih baik abaikan sahaja sebab semua itu hanya sekejap sahaja,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI