fbpx

‘Saya buat hal, banyak kesilapan’ – Harith, isteri tetap pilih cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith dan isteri tetap akan bercerai namun kekal bersahabat biarpun tidak lagi berstatus suami isteri.

PETALING JAYA – Pelawak Harith Iskander mendedahkan keretakan rumah tangga dengan Dr. Jezamine Lim adalah disebabkan dirinya dan keputusan untuk bercerai juga dicapai atas persetujuan bersama.

Menurut Harith, 58, proses perceraian tersebut bukan berlaku secara mendadak sebaliknya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

“Proses hendak bercerai sudah berlarutan dan hubungan kami ada turun naik. Saya buat hal dan banyak melakukan banyak kesilapan. Jezamine sangat mengagumkan untuk memberikan saya kemaafan.

“Jezamine bersunguh-sungguh mempertahankan rumah tangga dan banyak proses kami lalui termasuk hadir kaunseling rumah tangga dan berkongsi bercakap dengan kawan-kawan.

“Ada juga fasa hubungan kami ‘dingin’ sebab hal yang tidak sepatutnya saya lakukan,” katanya menerusi podcast sebuah portal berita yang dihoskan Daphne Iking.

Harith yang juga pelakon bagaimanapun enggan mendedahkan kesilapan yang dilakukan kepada umum kerana bimbang temu bual tersebut akan ditonton anak-anaknya satu hari nanti.

Dalam masa sama, dia berkata meskipun sudah bercerai, hubungannya dengan Jezamine akan kekal sebagai kawan baik.

“Pada satu tahap, saya sedar kami lebih selesa berkawan baik dan enggan rosakkan hubungan tersebut.

“Saya tak mahu mencari alasan dan saya telah buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan.

“Sepanjang tempoh saya lakukan kesalahan itu, dia sangat kuat. Saya tak mahu kongsi kerana kami ada tiga anak dan pasti akan menonton ini,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai anak, dia mengakui lega berbincang mengenai konflik rumah tangganya dan menyifatkan mereka sangat bijak meskipun kecewa mengenai perceraian tersebut.

Harith menambah, rutin menguruskan keluarga mereka selepas ini masih kekal sama meskipun sudah tidak sebumbung sebagai suami isteri.

“Mereka fikir akan dipisahkan tetapi kami yakinkan bahawa tiada apa yang berubah. Alhamdulillah mereka boleh terimanya.

“Kalau soal hak penjagaan anak, Jezamine akan memilikinya dan saya pula mendapat hak lawatan penuh nanti,” katanya lagi.

“Kami mahu dan akan kekalkan rutin kami sama seperti sebelumnya. Saya akan tinggal berdekatan mereka,” tuturnya.

Sementara itu, Jezamine menyangkal dakwaan ramai dia memfailkan cerai pernah didera oleh Harith.

Dia yang mengakui terkejut dengan komen dan dakwaan tersebut meminta orang ramai berhenti menyebarkan spekulasi yang tidak benar.

“Saya terima ratusan mesej yang bertanya sebab saya failkan cerai seperti Harith sudah tidak kelakar, kewujudan pihak ketiga dan faktor kewangan.

“Ada juga orang tuduh dia berkasar dan mendera saya tetapi semua itu tidak betul sama sekali. Hentikan spekulasi,” ujarnya.

Terdahulu, pada 8 Julai lalu, Jezamine mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terhadap Harith. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI