fbpx

‘Orang baik Tuhan sayang dan simpan dia…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Allahyarhamah Nur Farah Kartini di platform YouTube yang menjadi tinggalan kenangan buat seluruh rakyat Malaysia.

PETALING JAYA – Kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ternyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja terhadap kenalannya, malah seluruh rakyat Malaysia.

Perkara itu dapat dilihat apabila para pengguna media sosial sanggup mencari akaun YouTube Allahyarhamah, demi melihat ‘video kenangan’ yang ditinggalkan anak gadis kelahiran Miri, Sarawak itu.

Ketika Nur Farah berusia sekitar 22 tahun, Allahyarhamah sering memuat naik video yang berkaitan dengan hobinya seperti reviu alat solek dan kandungan makanan ‘mukbang’ di platform YouTube.

Daripada akaun TikToknya yang menggunakan nama pengguna @nurfarahkartini sehingga ke akaun YouTube, setiap ruangan komen dibanjiri doa yang mendoakan roh Allahyarhamah.

Kelihatan jumlah ‘subscribers’ juga sudah mencecah 1,370 manakala videonya yang paling tinggi mendapat jumlah penonton adalah seramai 46,000.

Tinjauan di ruangan komen di salah satu video dimuat naik di akaun YouTube Allahyarhamah mendapati ramai yang mendoakan roh arwah supaya dicucuri rahmat Allah serta mendapat keadilan sewajarnya

“Al-Fatihah walau pun kami tak kenal tapi jujur sedih sumpah. Semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Tengok muka arwah ni seseorang yang baik, orang baik Allah sayang dan semua orang sayang,” komen Shah.

“Simpati dengan nasib yang menimpa arwah Nur Farah Kartini Abdullah. Muda lagi, bekerja sampai malam nak cari duit, tahu-tahu begini nasib yang menimpa dirinya. Al-Fatihah kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” komen Puteri.

“Ya Allah lembut orangnya, bersemangat melakukan apa yang dia minat. Semoga pembunuhnya ditangkap secepat mungkin. Dia (suspek) tak ada hak untuk mengambil nyawa orang lain,” komen NurNisha pula.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan pada pukul 5.20 petang, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI