fbpx

Ramai marah, tak terima kenyataan ekonomi Malaysia semakin kukuh – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi Ramli

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tidak mahu menerima kenyataan dan fakta bahawa ekonomi Malaysia semakin mengukuh ketika ini.

“Kalau fakta tentang prestasi ringgit yang menjadi mata wang kedua terbaik di Asia, prestasi bursa saham yang menambah nilai melebihi 20 peratus dalam masa setahun pun belum cukup, saya tambah satu lagi fakta ekonomi yang baru keluar.

“Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) mengeluarkan anggaran awalan atau ‘advance estimate’ angka pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua dari April hingga Jun 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas beliau, laporan DOSM itu menunjukkan ekonomi Malaysia tumbuh 5.8 peratus bagi suku kedua 2024 berbanding suku yang sama tahun lepas.

“Ini menjadikan pertumbuhan separuh tahun Januari hingga Jun 2024 sebanyak lima peratus iaitu dalam lingkungan sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus bagi 2024 seperti yang dirancang kerajaan.

“Prestasi baik ini dijangka akan terus mendorong pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan pasaran saham, selain terus menarik pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat,” katanya.

Justeru, katanya, kita akan sering terdedah kepada risiko pembodohan di media sosial yang mengatakan ekonomi negara merudum, tetapi fakta-fakta ini membezakan antara mereka yang menghormati ilmu dan mereka yang memalingkan muka dari ilmu.

“Insya-Allah ekonomi negara akan terus mengukuh, tetapkan hati kita untuk sama-sama menyumbang membina semula ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI