fbpx

Pemandu excavator maut tertimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tertimbus bersama excavator dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Kanan, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Seorang pemandu excavator maut selepas kenderaan dipandunya ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di sebuah kuari di Simpang Kanan dekat sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pukul 4.25 petang itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan, Eswandi Sapri, 52.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengendalikan excavator itu sebelum berlaku tanah runtuh dan menimbusnya bersama jentera berkenaan.

Menurut Shahrulanuar, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Penguasa Bomba Kanan I Ridwan Gembor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.25 petang.

Susulan itu katanya, seramai 16 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti dikejarkan ke tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI