fbpx

Lebuh Raya WCE laksana kutipan tol bermula Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh raya WCE telah mecatat pertambahan volum trafik kenderaan setiap hari. -Gambar hiasan

Taiping – Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan melaksanakan kutipan tol di Jajaran Seksyen 11 iaitu di Plaza Tol Taiping Selatan, Trong dan Beruas mulai jam 12.01 tengah malam pada 24 Julai, Rabu depan.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE,Syed Mohamed Idid berkata, jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu telah beroperasi secara percuma selama empat bulan.

“WCE Jajaran Seksyen 11 telah beroperasi secara percuma sejak dirasmikan oleh Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 12 Mac yang lalu.

“Jadi kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan Kad Touch N Go, RFID dan Smart Tag untuk Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI