fbpx

MAHB tidak terjejas gangguan sistem komputer global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan sistem komputer global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.

Namun, MAHB dalam hantaran di aplikasi X memaklumkan, beberapa rakan kongsi syarikat penerbangan mengalami gangguan disebabkan isu berkenaan.

“Untuk maklumat terkini dan arahan mengenai penerbangan, penumpang boleh semak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing.

“Kakitangan lapangan terbang MAHB berada dilokasi untuk membantu penumpang dari syarikat penerbangan ini,” katanya dalam hantaran itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, gangguan sistem komputer global di seluruh dunia hari ini turut menjejaskan beberapa perkhidmatan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 setakat petang tadi.

Menurut tinjauan di media sosial, seluruh kaunter kelihatan sesak kerana pendaftaran penerbangan harus dibuat secara manual kerana sistem mengalami gangguan teknikal.

Difahamkan, para penumpang yang masih belum ada pas masuk wajib beratur di kaunter untuk melakukan pendaftaran manual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI