fbpx

PGA cekup penyeludup beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beras dan beras pulut seberat 591 kilogram dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Syed, Rantau Panjang, Kelantan pagi tadi.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang lelaki sedang menyeludup masuk beras dan beras pulut seberat 591 kilogram di pangkalan haram Syed, Bukit Lata di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 6 pagi itu, sebuah kereta jenis Toyota Altis yang digunakan oleh lelaki berkenaan untuk menyeludup kedua-dua barangan itu turut dirampas.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati kesemua barangan itu dibawa masuk menggunakan pangkalan haram itu sebelum ia akan dijual untuk pasaran tempatan.

“Semasa melakukan rondaan, anggota PGA telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah beberapa guni dari perahu ke dalam sebuah kereta.

“Apabila menyedari kehadiran anggota PGA, beberapa orang daripada mereka bertindak melarikan diri dengan menggunakan perahu ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhari memberitahu, bagaimanapun pemandu kereta jenis Toyota Altis itu tidak sempat melarikan diri sebelum dicekup anggota PGA.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu membawa kepada penemuan beras dan beras pulut yang bernilai lebih RM2,800. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI