fbpx

‘Penyu gergasi’ terdampar di Tanjung Pelindung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lukisan mural 'dua ekor penyu gergasi' terdampar di Tanjung Pelindung, Kuantan.

PETALING JAYA – Kemunculan lukisan mural berbentuk dua ekor penyu gergasi yang dilukis pada batu-batuan besar di pinggir pantai Tanjung Pelindung, Kuantan menarik perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @ronzrsx, lukisan mural pada batuan ketinggian lima meter itu menyerupai dua ekor penyu sebenar apabila dilihat dari jarak jauh.

“Selesai dua mural yang begitu dekat di hati kami sebagai pelukis mural penyu di Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang.

“Dilukis pada batuan pantai tinggi mencapai lebih lima meter, bentuk tidak sekata, puas hati meskipun kaki sakit menahan kerakusan tekstur batu yang halus dan tajam. Masa yang diambil untuk disiapkan selama lebih empat hari,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut teruja dengan hasil lukisan tersebut dan tertarik untuk berkunjung ke lokasi berkenaan.

“Jangan beritahu orang luar tempat ‘healing’ ini nanti dah tiada tempat parkir pula, harap tak ramailah yang datang. Nak ‘healing’ susah nanti,” komen @mi.

“Nak pergi pantai ini lalu jalan mana? Tolonglah beritahu aku nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan nanti,” kata pengguna lain.

“Terima kasih bang, cantik sangat lukisan itu, kalau tengok dari jauh, memang nampak serupa penyu gergasi,” ujar @nor syakilla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI