fbpx

Ramai Orang Asli Gua Musang tidak tuntut wang STR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Zahlan (berdiri, kanan) membantu penduduk Orang Asli menuntut wang STR di RPS Kuala Betis, Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengesan ramai masyarakat Orang Asli di daerah ini tidak menuntut wang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM2,000 untuk seorang penerima dalam masa setahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jakoa, Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, masyarakat Orang Asli terlibat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak mengetahui tentang bantuan itu yang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Katanya, seramai 2,547 Orang Asli di Gua Musang, Kuala Lipis dan Rompin, Pahang dan Hulu Perak, Perak akan menerima wang tunai sempena Program Penunaian STR 2024 Siri 2 bermula 15 sehingga 25 Julai ini.

“Program itu merupakan kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Jakoa, Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Ia menyasarkan Orang Asli yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak pernah menuntut bantuan STR.

“Ada penerima yang tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tahun ini sehingga jumlah tuntutannya mencecah RM2,000 semasa program itu,” katanya ketika ditemui pada Program Penunaian STR di Dewan Bonda Yah, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis hari ini.

Saiful Zahlan memberitahu, program di RPS Kuala Betis dilaksanakan selama dua hari bermula semalam telah merekodkan 507 orang penerima dengan jumlah bayaran RM202,400.

Katanya, Jakoa berharap program Kementerian Kewangan, LHDN dan BSN itu dapat diteruskan agar masyarakat orang asli di pedalaman akan terus menerima manfaat daripada program kerajaan.

Sementara itu, seorang penduduk orang asli Pos Simpor, Dendi Abdullah berkata, program itu memudahkan orang asli yang kebanyakannya berdepan masalah pengangkutan untuk keluar ke bandar bagi mengambil wang tunai.

“Kami berharap program ini dapat diteruskan. Jika tidak kami perlu menyewa kereta dan menumpang motosikal rakan untuk keluar ke bandar yang mengambil masa lebih empat jam ke Bandar Gua Musang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI