fbpx

Penduduk gempar piring terbang “pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UFO berwarna pink didakwa dirakam di Tibet, kelmarin. - Douyin/hdrbxnjzz

BEIJING – Rakaman pelik sebuah objek bercahaya merah jambu di langit wilayah Qinghai, Dataran Tinggi Tibet tular di media sosial, kelmarin.

Menurut laporan Daily Star semalam, objek terbang tidak dikenali (UFO) itu dirakam penduduk tempatan 12 jam selepas kejadian hujan meteor yang menuju ke arah kota Yushu, yang terletak 700 kilometer di selatan Delingha.

Dalam video tersebut, UFO merah jambu itu jelas kelihatan tidak bergerak ketika seorang pemandu kenderaan memandu di lebuh raya yang sunyi.

Objek itu kelihatan bersinar di sekitar sferanya dan dapat dilihat dari segenap sudut di kawasan berdekatan.

Menurut penduduk yang merakam kejadian itu, UFO merah jambu itu kekal di posisi sama antara 35 hingga 40 minit sebelum hilang.

Ramai netizen yang melihat rakaman itu mengatakan bentuknya menyerupai bulan tetapi ada juga yang mendakwa ia kelihatan seperti cahaya berkumpul dan berbentuk awan.

“Bukankah ada markas makhluk asing di Delingha? Mungkin mereka kembali ke pangkalan?” kata seorang penonton.

“Apakah ini? Ini kelihatan serupa seperti ‘runtuhan makhluk asing’ yang terkenal,” kata seorang lagi.

Terdapat spekulasi bahawa cahaya merah jambu yang menyala itu sebenarnya dipancarkan dari bolide atau cahaya meteor yang sangat terang tetapi belum ada sebarang pengesahan daripada pihak pakar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI