fbpx

Olimpik Paris 2024: Bukan poster rasmi, hanya ‘fan-made’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster tular yang memaparkan gambar-gambar atlet yang mewakili negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai sehingga Ogos ini.

PETALING JAYA – Selepas kecoh isu pakaian rasmi atlet negara ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 awal bulan ini, sebuah poster lagi tular memaparkan gambar kontinjen negara sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Poster yang dimuat naik seorang pengguna di aplikasi X dikenali Giarc Nibisna itu menerima kecaman orang ramai ekoran rekaan yang dianggap seperti senarai orang dikehendaki.

Ini kerana, semua gambar pasport atlet yang mewakili negara diletakkan dalam satu poster dengan warna putih sebagai latar belakang.

Bagaimanapun, menurut pengguna yang memuat naik gambar itu, poster tersebut bukanlah keluaran rasmi mana-mana pihak seperti yang disalah tafsir oleh orang ramai.

“Ya betul itu bukan poster rasmi. Hanya ‘fan-made’ (buatan peminat),” kata pengguna tersebut ketika dihubungi Kosmo!.

Sejak malam tadi, orang ramai melontarkan pelbagai pandangan dan kritikan terhadap poster tersebut kerana menyangka ianya direka oleh pihak atasan.

Salah faham yang ditimbulkan itu turut dikaitkan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sehingga pihak-pihak tersebut menerima kecaman bertubi-tubi daripada peminat sukan tanah air.

Difahamkan, gambar-gambar pasport kontinjen negara di dalam poster tular itu diambil daripada laman sesawang rasmi Olimpik Paris 2024 yang diguna pakai dalam ‘accreditation card’ (kad akreditasi) setiap atlet.

“Gambar dalam poster ni semua ambil dari laman sesawang rasmi Olimpik, dipakai untuk ‘accreditation card’ sebab tu macam gambar pasport. Ni bukan poster rasmi pun,” ciap Raudhatul Afzan.

“Kenapa semua orang nak kecam juga? Ini bukan poster rasmi pun. Ni gambar untuk ‘accreditation card’. Memang daripada laman sesawang Olimpik. Kalau nak cantik dan nak gempak, tolonglah buatkan,” komen Wanie.

“Gambar ni memang dah ada dekat ‘page’ Olimpik. Orang yang ciap ni, tolong ‘compile’ kan. Bukannya poster rasmi, korang semua dah salah faham ni. Bukan atlet malaysia je tangkap gambar macam ni semua atlet negara lain pun kena juga,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI