fbpx

Hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan dua negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu diberikan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah di Pahang dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Pahang melibatkan daerah Jerantut, Bentong dan Temerloh.

“Selain itu, cuaca sama dijangka melanda Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Amaran tersebut dikeluarkan sehingga 12.00 tengah hari nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI