NEW DELHI – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh semasa pulang dari bandar Pandharpur, selatan India, manakala tiga lagi cedera selepas teksi mereka naiki terbabas dari jalan raya dan jatuh ke dalam sebuah perigi, lapor saluran televisyen NDTV.
Kemalangan berlaku di Vasant Nagar, daerah Badnapur tehsil pukul 5.30 petang (waktu tempatan) semalam.
“Kesemua penumpang teksi itu sedang dalam perjalanan pulang dari Pandharpur. Mangsa yang meninggal dunia telah dikenal pasti.
“Manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan perubatan,” kata seorang pegawai polis.
Difahamkan, teksi berkenaan membawa 12 orang termasuk seorang pemandu.
“Ia terbabas ketika mengelak motosikal yang datang dari arah bertentangan.
“Teksi ini kemudian jatuh ke dalam perigi, menyebabkan sebilangan penumpang terperangkap apabila pintu hadapan tidak dapat dibuka,” tambahnya.
Bagaimanapun, sebahagian mangsa berjaya keluar apabila teksi itu mula tenggelam.
Pihak berkuasa menggunakan kren untuk mengeluarkan kenderaan itu bersama mayat mangsa. – AGENSI