fbpx

Bekas CEO dijel setahun, denda pertuduhan menipu, peroleh wang RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dan peroleh wang wang tunai RM5 juta pada 2019 dan 2021.

Di hadapan Hakim Rozina Ayob, tertuduh Datuk Mohamad Madani Sahari, 57, dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM100,000 selepas dia menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan menipu seorang lembaga pengarah dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan oleh syarikat LPS Learning Platform adalah RM6.4 juta sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta.

Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah tersebut menyerahkan kontrak bernilai RM6.4 juta kepada syarikat LPS Learning Platform dengan meluluskan cadangan pelantikan syarikat itu sebagai “penyedia latihan bagi wilayah Tengah, Pantai Timur, Selatan serta Sabah & Sarawak pada harga kontrak keseluruhan RM6.4 juta”.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik mesyuarat di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang, 14 Disember 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara di hadapan Hakim Suzana Hussin, Mohamad Madani dipenjara setahun dan harta RM3.4 juta dilucuthakkan selepas menukar pengakuan bersalah atas satu pertuduhan pilihan iaitu memperoleh wang tunai RM5 juta untuk dirinya daripada seorang lelaki berusia 49 tahun atas arahan seorang lagi lelaki berusia 38 tahun di sebuah bank di Seksyen 15, Shah Alam pada 8 Julai 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Bagaimanapun bagi 41 pertuduhan utama iaitu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 kanun sama yang dihadapi Mohamad Madani sebelum ini dipertimbangkan sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Dua lagi seksyen ialah ialah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Mohd. Asraf Mohd. Tahir, Haresh Prakash Somiah, Nurul Atiqah Mohd Alias dan Noor Syafina Mohd. Radzuan

Tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman dan Ariff Azami Hussein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI