fbpx

Kerajaan teliti undang-undang lebih berat bagi kesalahan buli siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti pembentukan satu undang-undang dan akta yang lebih berat kepada pembuli siber sehingga menyebabkan kematian.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan bersama empat kementerian bagi membincangkan undang-undang sedia ada berhubung isu tersebut.

Perbincangan tersebut susulan keputusan mahkamah yang hanya mengenakan denda sebanyak RM100 di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 terhadap kes buli siber melibatkan pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha yang mendapat perhatian.

“Kami berpendapat bahawa perlu membentuk satu undang-undang yang berasaskan kepada seksyen dan akta yang lebih berat bagi menandakan kerajaan memandang serius perbuatan buli siber.

“Terdapat kekurangan dari segi peruntukan undang-undang di bawah akta yang sedia ada. Ini tidak boleh menjadikan alasan untuk pihak badan penguatkuasa melihat akta ini kesalahan kecil sahaja.

“Jika diberikan denda hanya RM100 kepada mereka yang beralah dan kelar mahkamah dengan senyum selamba, itu tentunya akan menghiris perasaan keluarga mangsa,” katanya selepas hadir menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan di Pangsapuri Sri Kelantan, Sentul, di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan akan terdapat satu pengumuman mengenai perkara tersebut dan akan dibincangkan dalam jemaah menteri kabinet esok.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan kepemimpinan tertinggi agensi penguatkuasaan sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kegiatan pelacuran dikaitkan dengan tindakan rasuah susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu itu di ibu negara yang dikatakan masih tidak selesai.

“Saya akan segera mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi pasukan polis khususnya untuk mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai gejala itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI