fbpx

34,346 pelajar layak terima WPP RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima WPP bergambar bersama Norliza (tujuh dari kanan) pada Majlis Penyerahan WPP PTPTN di Royale Chulan, Pulau Pinang hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 34,346 pelajar ditawarkan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM51.5 juta.

PTPTN dalam satu kenyataan media berkata, tawaran berjumlah RM1,500 kepada setiap mereka itu bagi kemasukan peringkat diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Sesi Julai 2024.

“Sejak WPP diperkenalkan pada tahun 1999 hingga 30 Jun 2024, seramai 980,107 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion,” kata kenyataan itu hari ini.

PTPTN berkata, pemberian WPP bertujuan menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA dan Politeknik sekali gus menjaga kebajikan mereka.

Menurut PTPTN, WPP diberikan kepada pelajar yang bersetuju menerima WPP semasa membuat permohonan kemasukan IPTA dan Politeknik melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA.

“Selain itu, ibu bapa atau penjaga pelajar juga merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

“Pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi myPTPTN dan menunaikan WPP di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 18 Julai 2024 dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad. Wakil tidak dibenarkan.

“Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 18 Julai 2024 hingga 17 September 2024,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, PTPTN dalam kenyataan sama memaklumkan, seramai 1,434 pelajar di Pulau Pinang ditawarkan WPP dengan peruntukan berjumlah RM2.2 juta termasuk 82 pelajar di Bukit Gelugor.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim dilapor berkata, inisiatif pemberian WPP kerana PTPTN percaya tidak semua ibu bapa mampu menghantar anak ke IPT kerana memerlukan sumber kewangan yang tinggi.

“Gunalah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin dan tunjukkanlah rasa terima kasih dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi modal insan kepada negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI