fbpx

Budak tiga tahun maut digigit kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seekor kucing. - Foto AFP

HANOI – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun mati selepas sebulan digigit kucing peliharaan keluarganya di Gia Lai, Vietnam, lapor laman berita VnExpress kelmarin. 

Dia dibawa ke Pusat Perubatan Daerah Chu Se pada Ahad lalu selepas beberapa hari mengalami muntah-muntah di rumah.

Doktor mendiagnosis mangsa menghidap rabies, jangkitan gastrousus dan dehidrasi sebelum memindahkannya ke Hospital Kanak-kanak Gia Lai sehari kemudian, demikian menurut Pusat Kawalan Penyakit Wilayah Gia Lai.

Namun, selepas dinasihatkan oleh doktor mengenai keadaan terkininya, keluarga kanak-kanak itu memutuskan untuk membawanya pulang pada awal Isnin lalu.

Ketika berada di rumah, dia dilaporkan menunjukkan simptom menjerit, sukar menelan, air liur meleleh, takut kepada cahaya, air dan angin, sakit kepala serta tidak boleh makan atau minum.

Mangsa kemudian meninggal pada pagi yang sama.

Menurut keluarganya, kanak-kanak itu digigit pada tangan oleh kucing tersebut sejak sebulan lalu dan mengalami luka.

Kucing berkenaan bagaimanapun hilang selepas menggigit mangsa dan tidak pulang ke rumah sejak itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI