fbpx

Penuntut Unimas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Axia selepas terlibat kemalangan di Jalan Sungai Karangan-Merbau Pulas berhampiran Kampung Bukit Chong semalam.

KULIM – Seorang penuntut universiti maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Karangan – Merbau Pulas berhampiran Kampung Bukit Chong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa A. Gaayatheri, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) maut di tempat kejadian.

Sementara seorang lagi mangsa yang merupakan ibu Gaayatheri berusia 56 tahun cedera pada badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian berlaku ketika dua beranak itu dalam perjalanan dari arah  Sungai Karangan menghala Merbau Pulas.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Perdana dipandu lelaki berusia 31 tahun dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung secara berdepan dengan kereta dipandu mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu kereta Perodua Axia yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ibu mangsa yang duduk di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan pada muka dan dada manakala pemandu kereta Proton Perdana cedera pada badan dan kaki.

“Mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI