fbpx

[VIDEO] Doakan roh adik saya – Abang Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI keluarga Allahyarhamah tidak dapat menahan sebak semasa pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di Pekan.

PEKAN – Ahli keluarga termasuk ibu dan adik beradik mangsa kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, kelihatan sebak usai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini hari ini.

Kesemua mereka dilihat mengalirkan air mata dan saling berpelukan dihadapan pusara Allahyarhamah.

Abang Nur Farah Kartini, Mohd. Farriza Azmi, 28, berkata, mewakili ahli keluarga dia menzahirkan rasa syukur urusan pengebumian jenazah Nor Farah Kartini berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Kita bersyukur sudah sampai sini dan pengebumian pun sudah selesai. Kita bersyukur sangat. Saya minta doakan adik saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Tambahnya lagi, keluarga memilih untuk mengebumikan jenazah Allahyarham Nor Farah Kartini di Pekan berikutan Kampung Nyiur Manis merupakan kampung isteri Mohd. Farriza.

“Ia juga bagi memudahkan proses pengebumian,” katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan bagi menyempurnakan jenazah adiknya sehingga selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan pada pukul 5.20 petang dan bacaan talkin dan tahlil selesai pada pukul 5.40 petang sebelum orang ramai dilihat mula bersurai pada pukul 6 petang.

Terdahulu, misteri kehilangan Nur Farah Kartini sejak Rabu minggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI