KUCHING – Sumbangan Tabung Segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Bantuan Skim Pemberian Ehsan sebanyak RM3,000 diserahkan kepada keluarga mangsa kes pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah.
Sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri susulan pertemuannya bersama ahli keluarga almarhum di Hotel UPSI, semalam.
“Bagi pihak Sarawak, saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada UPSI khususnya kerana membantu menyantuni keluarga almarhum.
“Begitu juga kepada semua pihak yang telah membantu meringankan beban keluarga almarhum. Semoga jasa baik anda dirahmati Allah SWT. Aamiin,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE