fbpx

Rakyat bimbang kos sara hidup semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan harga barangan runcit dan makanan menjadi kebimbangan ramai kini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 99 peratus daripada 921 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang menjadi responden dalam tinjauan Pusat Penyelidikan Undian UCSI baru-baru ini menyatakan mereka bimbang akan kos sara hidup semasa.

80 peratus daripada res­ponden merupakan golongan pekerja, satu peratus menganggur, 18 peratus pelajar dan satu peratus lagi pesara.

Hasil tinjauan mendapati 98 peratus responden berpendapat kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk menangani peningkatan kos sara hidup, ­peningkatan ketara berbanding 61 peratus yang berpandangan sedemikian pada tinjauan sama tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat berkenaan, berhubung soalan mengenai perancangan perbelanjaan tahun ini, 51 peratus berkata mereka merancang untuk mengurangkan per­belanjaan bulanan, sementara 28 peratus merancang mewujudkan tabung kecemasan.

“15 peratus lagi merancang untuk menyumbang kepada simpanan persaraan dan enam peratus tiada perancangan.

“Seterusnya, responden dita­nya apakah peningkatan dalam perbelanjaan yang mereka bimbangkan.

“Keputusan menunjukkan 96 peratus bimbangkan harga barangan runcit dan makanan, diikuti oleh kos penjagaan kesihatan (83 peratus) dan utiliti (31 peratus),” katanya.

Berhubung aspek kos sara hidup yang perlu ditangani kerajaan terlebih dahulu, 97 peratus berkata keselamatan makanan dan kawalan ke atas harga siling makanan biasa.

Ini diikuti oleh penjagaan kesihatan (74 peratus) dan kadar pengangkutan (38 peratus).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI