fbpx

F1: Hamilton kembali membara buru podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON semakin bersemangat untuk memburu satu lagi kejayaan selepas menamatkan kemarau kemenangan selama tiga tahun di GP Britain lalu. - AFP

BUDAPEST – Pasukan Mercedes akan mengejar kemenangan hatrik mereka pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Hungary pada hujung minggu ini menerusi kedua-dua pemandunya, Lewis Hamilton dan George Russell.

Juara dunia F1 tujuh kali, Hamilton dilihat teruja untuk kembali mencetak kemenangan selepas melakukan kejutan muncul juara di GP Britain dan lebih manis ia adalah kemenangan pertamanya dalam tempoh tiga tahun.

Justeru, Hamilton dilihat bersedia untuk berada di atas podium memandangkan sebelum ini dia telah memenangi sebanyak lapan kali perlumbaan di GP Hungary.

“Saya suka perlumbaan di Hungary dan saya benar-benar ingin berada di sana lebih-lebih lagi ketika ini kami (Mercedes) memiliki jentera yang kompetitif,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff gembira dengan dua kemenangan berturut-turut mereka terutama menerusi Russell di GP Austria dan Hamilton di Silverstone.

Bagaimanapun, Wolff mengakui jentera W15 yang dibangunkan mereka masih belum sempurna dan terdapat beberapa perkara perlu ditingkatkan.

“Kami terus membuat kemajuan dengan jentera W15 dan hasilnya membawa kemenangan di Austria dan Silverstone. Kami tahu kami belum mempunyai jentera yang boleh mencabar kemenangan setiap hujung minggu.

“Tetapi pasukan bekerja keras untuk membawa lebih banyak langkah positif dan usaha itu akan diteruskan dalam perlumbaan-perlumbaan akan datang,” ujar Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI