fbpx

Emas Olimpik kemuncak karier Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kiri) bersama Hamidin melihat basikal WX-R Vorteq yang akan digunakan di Paris nanti. - OCM

SKUAD berbasikal trek negara diketuai Datuk Azizulhasni Awang sudah bersedia untuk menggegar temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dalam misi menjelmakan pingat emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu.

Azizulhasni yang bakal membuat penampilan kelima di pentas Olimpik berkata, dia bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri bersemangat untuk menghadiahkan kejayaan buat Malaysia di Paris.

“Bagi diri sendiri, inilah kemuncaknya üntuk meraih pingat emas sekalipun saya sedar bakal mendapat tentangan daripada pelumba dari Belanda, Jepun, Australia dan Great Britain.

“Saya mahu membuktikan sesuatu dan membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini dengan membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik buat Malaysia.

“Di kesempatan ini, saya mewakili dua rakan lain (Shah Firdaus dan Izzah) ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Jawatankuasa Road to Gold atas segala bantuan yang diberikan termasuk basikal baharu ini,” katanya.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang melawat skuad berbasikal negara di Mallorca, Sepanyol berkata, ketiga-tiga pelumba itu bersemangat tinggi bagi menggalas cabaran di pentas Olimpik kali ini.

“Sebaik saya di sini (Mallorca) pada Rabu (kelmarin), saya telah mengadakan pertemuan dengan Azizulhasni, Shah Firdaus dan Izzah memandangkan mereka sudah mula menjalani di Velodrom Illes Balears.

“Mereka cukup teruja dan penuh bersemangat untuk menghadapi Sukan Olimpik nanti. Malah, mereka berpuas hati dengan persiapan dan latihan yang dilakukan di Sepanyol,” kata Hamidin.

Azizulhasni, Shah Firdaus dan Izzah bagaikan mendapat suntikan semangat baharu apabila menerima basikal baharu berteknologi tinggi WX-R Vorteq khas dari United Kingdom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI