fbpx

Yoro berhijrah ke Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leny Yoro bersama pengendali United, Erik Ten Hag selepas menandatangani kontrak rasmi awal pagi tadi. - Foto ihsan Man. United

LONDON – Pemain pertahanan Lille, Leny Yoro melengkapkan perpindahan ke Manchester United selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju dengan bayaran sebanyak £50 juta (RM303.33 juta) awal pagi tadi.

The Red Devils juga dilaporkan telah bersetuju dengan terma peribadi yang diminta oleh Yoro dan pemain berusia 18 tahun itu dijangka melengkapkan perpindahannya hari ini selepas urusan pemeriksaan perubatan selesai dijalankan.

Sebelum ini, difahamkan pemain tersebut lebih berminat untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu untuk bersama Real Madrid, namun pasukan rundingan United telah berjaya meyakinkannya memilih ke Old Trafford.

Pakar bola sepak Perancis, Jonathan Johnnson percaya United telah membuat keputusan tepat untuk memilih Yoro sebagai pemain pilihan mereka untuk dibeli pada jendela perpindahan kali ini.

“Yoro adalah pemain pertahanan yang sempurna pada usianya. Dia sangat mengagumkan, cukup bagus ketika bersama bola dan memiliki fizikal yang bagus sebagai kelebihan.

“Dia bermain seperti pemain veteran, kematangan yang dimiliki luar biasa dan mampu membaca permainan dengan baik. Saya fikir dia sempurna dan bakat yang hebat Eropah untuk posisi pertahanan.

“Kehadirannya memberi perubahan besar buat Manchester United dari aspek membina masa depan pasukan yang lebih baik. Saya fikir ia akan menjadi perpindahan terbaik mereka kali ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, United belum bersedia melupakan hasrat mereka mendapatkan khidmat pemain pertahanan Everton, Jarrad Branthwaite dan bek tengah Bayern Munich, Matthijs De Ligt, namun bergantung kepada ruang untuk mereka berbelanja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI