fbpx

England sanggup tunggu Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA menjadi calon terbaharu FA England untuk menggantikan tempat Southgate yang melepaskan jawatannya baru-baru ini. - AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England dikatakan bersedia melakukan apa sahaja untuk melantik pengurus Manchester City, Pep Guardiola bagi menamatkan penantian lama mendakap kejuaraan antarabangsa sejak 1966.

Difahamkan, FA England sanggup menunggu kontrak Guardiola tamat bersama City pada Jun tahun depan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Gareth Southgate.

Southgate melepaskan tugasnya sebagai pengurus The Three Lions selepas tewas aksi final Euro 2024 kepada Sepanyol baru-baru ini.

Situasi itu menyebabkan beberapa nama hangat dikaitkan untuk menggantikan tempatnya seperti Eddie Howe, Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel, Lee Carsley dan Ange Postecoglou termasuklah Guardiola.

Buat masa ini, FA England dikatakan mahu menunggu dan lihat situasi Guardiola terlebih dahulu memandangkan pengendali dari Sepanyol itu pernah memberi bayangan tidak mahu melanjutkan kontraknya bersama City.

Ia bermakna FA England perlu melantik pengurus sementara terlebih dahulu dengan nama Carsley dikatakan menjadi calon terbaik kerana beliau adalah ketua jurulatih buat skuad bawah 21 tahun (B-21) negara itu.

Ini bagi memastikan The Three Lions mempunyai barisan kejurulatihan lengkap sebelum menghadapi saingan Liga Negara-Negara Eropah Kumpulan B2 menentang Ireland pada September depan sebelum berdepan Finland dan Greece.

Sekiranya Guardiola dilantik, tidak mustahil England mampu bergelar juara Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada sekali gus menamatkan penantian sejak menjuarai edisi 1966 di laman sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI