fbpx

Pelancong Maghribi mengaku ‘pegang’ pekerja spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nourou (kiri) didakwa mencabul seorang juruterapi spa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pelancong lelaki warga Maghribi mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang juruterapi spa di Pulau Perhentian, Besut pada Ahad lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan bersalah sebaik terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa yang berusia 19 tahun. Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah resort di Pulau Perhentian, Besut pada pukul 9.15 malam, 14 Julai lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos sebagai tarikh jatuh hukum di Mahkamah Majistret Besut.

Kosmo! semalam melaporkan seorang juruterapi wanita trauma apabila mendakwa dicabul seorang pelancong lelaki warga Maghribi di sebuah spa di Pulau Perhentian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan tersebut didakwa berlaku sewaktu mangsa berusia 19 tahun sedang memberikan perkhidmatan urutan terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI