fbpx

Buli siber: TikTok tambah pasukan moderator pelbagai bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia media sosial TikTok telah menambah pasukan moderator untuk meneliti kandungan dan sesi siaran langsung dalam pelbagai bahasa di platform tersebut susulan insiden buli siber yang membawa kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha minggu lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak TikTok memandang serius insiden yang menimpa mendiang Esha dan telah mengambil langkah segera untuk membendung kejadian serupa berlaku.

Katanya, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan.

“Pihak TikTok dengan segera menambah jumlah moderator yang akan meneliti termasuk kandungan dan sesi ‘live’ TikTok dalam bahasa-bahasa vernakular termasuk bahasa Tamil.

“Saya setuju seperti yang telah disebut dalam sidang akhbar minggu lalu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet juga berpendirian bahawa platform-platform ini tidak boleh cuci tangan.

“Saya nak tegaskan kita sekarang ini melihat kepada isu buli siber tetapi sejujurnya banyak lagi masalah yang berlaku melibatkan platform media sosial,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliauberkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Yuneswaran Ramaraj (PH-Segamat) mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan kawalan kandungan di dalam pelbagai bahasa dan tindakan terhadap syarikat media sosial yang cuai mengawal kandungan buli siber. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI