PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
Difahamkan, Mahathir yang kini berusia 99 tahun dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan kerana batuk.
Beliau pernah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan hampir dua bulan. – KOSMO! ONLINE