fbpx

Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah Kartini

SUNGAI BULOH – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah akan dikebumikan di Pekan, Pahang selepas selesai proses tuntutan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Abang mangsa, Mohd. Farriza Amir Abdullah, 28, berkata, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor.

“Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan.

“Butiran berkaitan akan saya sampaikan nanti,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, beberapa individu terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dilihat tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini sejak pukul 11 pagi tadi.

Turut kelihatan van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai akan membawa jenazah arwah untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI