fbpx

‘Erysha, tolong jangan minum air bekas Meerqeen, takut jatuh kasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERYSHA dan Meerqeen kini hangat digosipkan sedang menjalin cinta.

PETALING JAYA – Didakwa bukan sekadar kawan, gelagat mesra pelakon Meerqeen dengan aktres Erysha Emyra seakan-akan mengesahkan gosip percintaan mereka yang bertebaran sebelum ini.

Telahan netizen diperkukuhkan dengan penyebaran sepotong video memperlihatkan kemesraan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkongsi botol air minuman dengan Erysha.

Mereka yang diundang ke sebuah stesen radio bagi mempromosikan drama rantaian adaptasi novel, Cinta Untuk Sekali Lagi tampak selesa apabila boleh berkongsi sebotol air minuman selain menikmati kuih bersama-sama.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, gelagat Meerqeen dan Erysha menarik perhatian netizen apabila lelaki tinggi lampai itu menghulurkan botol minuman yang sudah diteguknya kepada anak pelakon Norish Karman itu.

Tindakan pasangan serasi terbabit pantas mengundang pelbagai reaksi peminat yang rata-rata mengatakan momen tersebut sangat manis.

Sekali gus netizen meninggalkan komen usikan tanda merestui hubungan mereka andai gosip cinta yang bertebaran sebelum ini adalah sahih.

“Aku ‘luluskan’ kalau mereka berdua betul bercinta. Senyum pun sama. ‘sweet’,” kata seorang peminat.

“Erysha, tolong jangan minum air bekas Meerqeen, takut jatuh kasih,” tulis netizen lain.

Sebelum itu dalam hantaran di Instagram Meerqeen turut berkongsi rakaman beberapa swafoto dengan Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 24.

Namun paling mencuri perhatian adalah komen ditinggalkan pelakon, Mimi Lana pada hantaran tersebut yang meminta aktor tinggi lampai itu menjaga Erysha dengan baik.

Terdahulu pelakon yang asalnya model itu pernah digosipkan intim dengan aktor Hun Haqeen selepas digandingkan dalam siri Chinta Wrong Direction, namun dia menafikan spekulasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI