fbpx

‘Dengar suara pun dah tahu arwah orangnya lemah lembut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lambaian terakhir dan ucapan selamat tinggal Allahyarham Nur Farah Kartini kepada pelajarnya setelah selesai menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah meninggalkan sebak di hati pengguna.

Menerusi perkongsian salah seorang pelajarnya di laman TikTok @ putriiyra, gelak tawa dan kenangan manis bersama gurunya itu pasti akan dirindui kerana peribadinya yang lemah lembut dan disayangi pelajar.

“Tak sangka ada kenangan dengan Cikgu Farah, dulu cikgu ajar kami. Ini kali terakhir lambai cikgu sebab dah habis praktikal

“Terima kasih cikgu walaupun sekejap saja mengajar kami dahulu, gelak tawa bersama. Al-fatihah buat cikgu Nur Farah Kartini,” ujarnya.

Walaupun tidak mengenali Allahyarham Nur Farah, namun pemergiannya meninggalkan kesan di hati rakyat Malaysia malah turut didoakan supaya kematiannya mendapat keadilan.

“Dengar suara pun tahu dah arwah orang lemah lembut dan penyayang. Moga ditempatkan bersama para Solihin, amin. Al-fatihah buat arwah,” komen @rokiahnayan546.

“Kalau murid macam ni dengan cikgu kita pun boleh nilai sendiri macam mana peribadi cikgu ni. Semoga arwah tenang di sana,” ujar @asma_mah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI