fbpx

Pelbagai inisiatif dilaksana tarik minat pelajar dalam bidang STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti dan program pembangunan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sedang giat dijalankan di sekolah bagi menarik minat pelajar dalam bidang berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara berkenaan dilaksanakan merentas kementerian dan agensi serta kerjasama rakan strategik korporat dan komuniti.

Katanya, bagi merealisasikan perkara itu juga pihaknya akan melaksana kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

“Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menganjurkan program bersama saintis di seratus buah sekolah seluruh negara bagi meningkatkan minat murid dalam bidang itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, KPM bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Mosti telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM.

Beliau berkata, ia memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

“Seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, sinergi antara kementerian dan semua pihak berkepentingan dipergiatkan bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam STEM,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Anwar mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis bioteknologi untuk mengadakan program turun ke 100 sekolah.

Anwar berkata, usaha tersebut untuk menarik lebih ramai pelajar dalam bidang STEM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI