fbpx

Jual minyak masak peket RM3 berbanding RM2.50 yang ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa minyak masak peket 1kg yang dijual di sebuah premis di Teluk Intan semalam. - Foto IHSAN KPDN

TELUK INTAN – ‘Keberanian’ sebuah premis di sini yang menjual minyak masa peket 1 kilogram (kg) bersubsidi melebihi harga ditetapkan mengundang padah apabila kedai itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.50 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan.

Beliau menjelaskan, tindakan itu adalah hasil daripada maklumat dan aduan pengadu yang mendakwa peniaga terbabit menjual minyak masak peket pada harga RM3 berbanding RM2.50 sekilogram yang ditetapkan.

“Bagi memastikan aduan tersebut berasas, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa telah melakukan pemeriksaan dengan kaedah penyamaran dengan membuat uji beli melalui Ops Samar.

“Satu uji beli minyak masak paket 1kg dilaksanakan oleh pegawai berkenaan dan maklum balas daripada anak pemilik perniagaan membuktikan minyak masak peket bersubsidi itu dijual dengan harga RM3,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, setelah uji beli selesai dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform kemudiannya telah masuk ke dalam premis dan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atasnya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan di ruangan jualan minyak masak peket mendapati harga dipamerkan adalah RM2.50 sekilogram, namun apabila pelanggan membuat bayaran, harga yang dikenakan adalah RM3 sekilogram.

“Berikutan penemuan tersebut, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada pemilik premis.

“Sebanyak 55kg minyak masak peket yang ditemui telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM165. Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Tambah beliau, jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Manakala bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI